Thursday, 21 February 2013

CHINESSE CHARACTER




assalamualaikum..
hari saya nak share dengan korang tentang pameran chinesse culture at tempat saya...
seronok pergi pameran ni,korang nak tahu kenapa???why???

sebab picture dekat atas ni..saya berpeluang menulis chinesse character..
ni tulisan tangan saya sendiri..comel tak???hehehehehe (perasan sendiri)...
korang pernah cuba tulis chinesse character..ni la ia...susah tau nak tulis ni..tangan kena lembut je..
first time saya tulis benda ni,tak cantik sebab setiap hujung yang tajam2 tu tak menjadi..
lama juga saya mencuba,mula2 saya belajar ni masa saya ambil kursus bahasa mandarin for beginner..
ada masa korang try benda ni,salah satu aktiviti yang mencabar... :)




Sunday, 6 January 2013

sahabat

dalam keheningan malam..
fikiran melayang memikirkan kenangan silam.
tanpa disedari,
butiran jernih membasahi pipi..

sahabat..
tahukah kau..
aku merindui detik-detik kemanisan kita bersama.
gelak tawa mu,senyuman mu,lambaian mu,gurauan mu..
tidakkah kau merinduinya sama seperti aku merinduinya..

sahabat,
aku tertanya-tanya pada diri ku..
dimana khilafku??
terlalu besarkah dosaku pada mu??
sampaikan kau tega membiarkan aku kesunyiaan meniti hari ini..

sahabat,
setiap hari ku tatap potret mu.
setiap kali itulah,butiran jernih jatuh ke muka bumi..
terkadang aku merasakan hidup ini kejam..
memberikan ku kebahagiaan hanya sementara..
terkadang aku merasakan aku tidak layak merasai kebahagiaan itu..
arghhhh...
siapalah aku..
 
sahabat,
andainya aku banyak melukai hati mu..
aku susun sepuluh jari memohon ampun pada mu..