Thursday, 22 March 2018

Kenangan di Pulau Pangkor - Kem Anak - anak PERSADA


Pangkor... First Time aku pergi jalan jauh tanpa mak ayah.. suatu tempat yang penuh dengan kenangan yang menarik bersama kawan - kawan yang disayangi dan sentiasa dirindui. ingat lagi waktu ni, kami persatuan anak - anak persada UMP terlibat dengan kem team building peringkat pantai timur. kenal dengan rakan - rakan daripada pelbagai Universiti. Rasanya ni adalah tempat yang paling jauh sepanjang aku mengikuti program di bawah persatuan ini.

Gambar at bawah ni adalah gambar kami yang kuat selfie. sila jangan meluat lihat picture kami





Gambar kejayaan group kami.. Hamper abis kena kebas dengan budak2 ni.. so yang tinggal pada tanggan aku tu je. haahahahahaha




#terobek tengok gambar - gambar lama yang sememangnya kurus wei..☺☺

Tuesday, 5 September 2017

CAMPING DI PASIR LANUN, MERSING, JOHOR

assalamualaikum sahabat


sudah lama rasanya tak update berkaitan dengan camping, percutian atau hiking kan?
baru - baru ni ditempat saya bekerja telah menjalankan satu program annual dinner dan induksi ala - ala camping.

nak tahu dimana lokasi kami???

lokasi kami ialah di pantai pasir lanun, mersing johor.


cantik ke tempat ni??

mestilah cantik, tertarik ke babommm..hahahahaha.. uols memang kena try pergi sini.


kami just menginap disini selama 2 hari satu malam je. tapi pengalaman disini memang tidak akan dilupakan.

pagi hari pertama kami ada buat senaman pagi, nak tahu senaman apa?? gummy bear!!! adeh, rasa nak pengsan rasanya. da la senaman ni paling aku tak suka sebab umpama aku yang lapar dan aku ni macam bear yang gemok tu tau!!

selepas tu ada explorace game, aku cuma facilitator je. best tau, macam - macam idea aku nak kenakan orang tapi malangnya hujan. nampak tak,  niat jahat selalu je terhalang. so, cuma kena satu kumpulan je la. kecewa!!kecewa!! hahahaha

gambar ni selfie before group explorace sampai di check point kami :P



petang tu ada preparation untuk annual dinner tapi aku tak terlibat la. so, aku dan beberapa rakan lain pergi makan goreng2 katanya sedap wei.
dalam otak aku ni ha!! goreng - goreng tu cuma pisang goreng ke, ayam goreng ke...hahaahha..nampak kolot tak aku ni??
rupanya goreng2 tu sotong goreng, ketam goreng, ikan goreng dan lain2.



kami tak makan dikedai tapi kami lepak ditepi pantai.
woiiiiii, nak tahu tak korang, first time wei tengok live matahari terbenam at laut.
fuhhhh, cantikkkkkkk gila wei..





RAHSIA MAKE UP TAHAN LAMA DAN MUKA GLOWING

hi! assalamualaikum semua.

NAK MUKA CANTIK, GLOWING ?
MAKE UP TAK BERCAPUK WALAUPUN BERPELUH?
NAK MAKE UP TAHAN LAMA?

GUNALAH CREAM MOISTURIZER HONEY BEE VENOM NI DARIPADA NAFURA NI.

CONFIRM PUAS HATI!!!!!!!!!

CARA PENGGUNAAN IALAH SAPUKAN CREAM INI DAHULU SEBELUM KITA MENGGUNAKAN FOUNDATION / BEDAK


HONEY BEE VENOM!!!!!!!! APA KEBAIKAN CREAM NI???

cream honey bee venom mengandungi racun lebah, propolis dan royal jelly untuk melegakan semua masalah kulit.

*peringatan : cream ini sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit yang berminyak ye

APA LAGI KEBAIKAN CREAM MOISTURIZER NI????

  • menjadikan kulit licin, berdaya tahan dan berseri kulit dan penuh dengan kelembapan
  • asid hyaluronik meningkatkan kolagen dan kandungan kelembapan pada kulit untuk kulit terus lembut dan tegas ringan, preskripsi untuk melegakan kulit yang berjerawat.
  • bee venom dan propolis : untuk melembutkan kulit

APA KANDUNGAN DALAM CREAM MOISTURIZER HONEY BEE VENOM??
  • honey dan royal jelly : memberikan nutrisi untuk kulit
  • vitamin c : skin brilliance
  • collagen : untuk kulit yang anjal
  • hyaluronic acid : melembapkan kulit

APA TUNGGU LAGI!!!
JOM DAPATKAN STOCK DARI SAYA SEKARANG!!

PM @ WHATSAPP SAYA DI 0142675847 (IMAH) 

Friday, 21 April 2017

Pelajar - Pelajar INSTEDT yang berjaya

selamat malam sahabat semua.

malam ni saya nak share testimoni - testimoni pelajar INSTEDT yang telah berjaya dan mendapat pekerjaan yang baik.
tahu kah anda? bahawa pelajar INSTEDT sangat laku di pasaran kerja.

JOM!!!!! cuci mata dengan testimoni - testimoni dibawah:-











haaaaa!!!! lihat ramai graduan INSTEDT yang telah berjaya..
anda bila lagi...

JOM sertai rakan - rakan anda yang lain.

mendaftarlah di link dibawah ini dan saya akan respond and secepat yang mungkin

https://form.jotform.me/70960387419465

Pendaftaran Kemasukan INSTEDT

Assalamualikum Sahabat yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah kali ini Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) telah membuka peluang kemasukan pelajar baru bagi sesi JUN2017 ini. Mari adik - adik sekalian rebut peluang menyambung pelajaran ini. Insyallah, Pilihan adik untuk belajar disini pasti tidak menghampakan adik - adik semua.


cepat - cepat mendaftarlah segera kerana PELUANG adalah TERHAD dan LAKU dipasaran.
TEKAN link dibawah untuk mendaftar.


dan saya akan hubungi adik - adik dengan SEGERA

Thursday, 31 July 2014

HARI RAYA PERTAMA



Assalamualaikum
Sahabat blogger sekalian apa khabar? Saya sihat Cuma demam sikit di pagi  hari raya ke-3 ni. Mungkin kerana terlalu letih. Sebelum terlewat saya dan keluarga mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN”.  Jika kata-kata saya ada yang menyakitkan hati dan perbuatan yang menyinggung hati para sahabat, saya harap kalian dapat maafkan saya. Jemputlah datang beraya di rumah saya.
Macam mana sambutan hari raya di tempat kalian? Di tempat saya meriah pada hari raya pertama tapi hari seterusnya kurang meriah kerana tiada anak-anak kecil yang datang beraya.  Yang ada hanya jiran tertangga, sahabat dan sedara-mara sahaja. Nak tahu kenapa saya katakan sambutan hari raya pertama meriah? Jika ditempat saya, lepas sahaja solat hari raya aidilfitri dan bermaafan sesama ahli keluarga, kami akan adakan marhaban @ baraan pada setiap kali hari raya datang. Korang tahu apa maksud marhaban @ baraan? Kalau tak tahu saya beritahu. ” Marhaban @ baraan adalah salah satu aktiviti yang melibat semua penduduk kampung. Kami akan berjalan ramai-ramai dan masuk dari satu rumah ke satu rumah dan berselawat  sambil beraya”.  Kali ini marhaban ini sangat meriah tau sebab di hadiri oleh semua orang kampung yang bukan sahaja terdiri orang tua tapi anak-anak kecil, menantu orang kampung dan isteri @ suami mereka sekali, cucu-cucu, cicit-cicit. Ramai sangat dan sangat gembira. Time macam nilah boleh jumpa kawan-kawan kecil yang sudah lama tidak bertemu . maklumlah masing-masing ada yang bekerja di ibu kota, ada yang berkahwin dan tinggal bersama suami.
Tahun ni saya ikut marhaban ni sampai habis semua rumah di kampung ni, Alhamdulillah. So, saya dapatlah bermaafan dengan semua orang di kampung ni. Di tempat kalian ada marhaban tak? Saya nak upload gambar tapi gambar belum dapat dari salah seorang sahabat saya. Maaf ye, jika tidak dapat saya kongsikan bersama para sahabat.
Ayah saya menjadi ketua untuk mulakan berselawat tapi secara bergilir-gilir dengan kawannya. Jadi malam raya tu, ayah sudah minta saya tolong printkan selawat berserta doa ziarah hari raya untuknnya dan para ahli kampung.  Tanpa membantah saya menurut kata-kata saya. Saya printkan 20 helai untuk ayah dan kawannya satu dan yang lain hanya berkongsi da nada juga yang menghafal selawat ini. Selesai berselawat, kami di hidangkan dengan lauk-lauk raya; ada yang menyediakan lemang, ketupat, rendang daging @ ayam @ angsa, sambal kacang, lodeh, burasak, pulut panggang dan tak lupa juga kami di jamu dengan kuih raya.
Aktiviti ini berakhir pada jam 2.30 petang. Penat tapi menyeronokkan. Heheheehehehehehehe. Petang tu pula, saya dan keluarga pergi menziarah ahli keluarga sebelah  ayah saya tapi kami balik hari kerana pada raya ke-2 mak ayah saya ajak balik kampung untuk ziarah kubur arwah atuk sebelah mak.

To be continued...


Saturday, 26 July 2014

TART NENAS GULUNG



Hai kawan-kawan…

Malam ni saya nak share resepi tart gulung inti nenas. Siapa tahu biskut ni.. angkat tangan…hehehehehe..  pada yang tak pernah tahu or pernah tahu dan pernah makan tapi tak tahu resepinya, meh  saya kasi tahu. Senang je. Pejam mata pun boleh siap.. hahahaha.. ok2, saya melawak je. Mana boleh pejam mata nanti entah jadi apa pulak korang punnya biskut tart tu nanti.

ni picture biskut tart yang saya buat sendiri:

 

Bahan-bahan yang korang perlukan:


  • 250 g buttercup
  • 1 cawan majerin (saya guna majerin jenama pelangi je sebab murah. huhuhuhu)
  • Tepung jagung (secukupnya. Yang ini bergantung pada doh korang k.)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum(jangan lebih tau nanti keras macam kayu pulak korang punnya biskut)
  • ½ sudu essen vanilla
  • Pewarna kuning (saya guna yang jenis serbuk je)
  • Jem nenas(yang ni saya beli dekat kedai sebab tahun ni malas nak buat. Kalau korang rajin korang boleh buat sendiri)

Cara nak buat biskut ni:


  1. Putarkan majerin dan buttercup ni sampai separuh kembang
  2. Masukkan telur . sebiji demi sebiji. Pukul sampai sebati
  3. Masukkan essen vanilla (yang ni nak wangikan korang punnya biskut tu)
  4. Masukkan tepung gandum dan ulikan guna tangan. Tak boleh guna mixer tu nanti korang tak tahu doh tu keras or masih lembut lagi.
  5. Masukkan tepung jagung. Yang ini korang kena rasa doh tu. Kalau masih lembik tambah tepung jagung lagi. Jika doh tu dah ok.
  6. Barulah korang boleh terap. Ada orang buat guna cetak kuih semperit. Tapi saya pakai penggeleng yang bergigi sebab cepat.
  7. Lepas dah siap tu, korang boleh la bakar. Api 150c dalam 10 minit. Tapi biasanya saya tak gunna kiraan ni sebab saya lihat bila biskut dah berwarna keperangan atau berubah warna maknanya dah masaklah tu.

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!