Thursday, 31 July 2014

HARI RAYA PERTAMA



Assalamualaikum
Sahabat blogger sekalian apa khabar? Saya sihat Cuma demam sikit di pagi  hari raya ke-3 ni. Mungkin kerana terlalu letih. Sebelum terlewat saya dan keluarga mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN”.  Jika kata-kata saya ada yang menyakitkan hati dan perbuatan yang menyinggung hati para sahabat, saya harap kalian dapat maafkan saya. Jemputlah datang beraya di rumah saya.
Macam mana sambutan hari raya di tempat kalian? Di tempat saya meriah pada hari raya pertama tapi hari seterusnya kurang meriah kerana tiada anak-anak kecil yang datang beraya.  Yang ada hanya jiran tertangga, sahabat dan sedara-mara sahaja. Nak tahu kenapa saya katakan sambutan hari raya pertama meriah? Jika ditempat saya, lepas sahaja solat hari raya aidilfitri dan bermaafan sesama ahli keluarga, kami akan adakan marhaban @ baraan pada setiap kali hari raya datang. Korang tahu apa maksud marhaban @ baraan? Kalau tak tahu saya beritahu. ” Marhaban @ baraan adalah salah satu aktiviti yang melibat semua penduduk kampung. Kami akan berjalan ramai-ramai dan masuk dari satu rumah ke satu rumah dan berselawat  sambil beraya”.  Kali ini marhaban ini sangat meriah tau sebab di hadiri oleh semua orang kampung yang bukan sahaja terdiri orang tua tapi anak-anak kecil, menantu orang kampung dan isteri @ suami mereka sekali, cucu-cucu, cicit-cicit. Ramai sangat dan sangat gembira. Time macam nilah boleh jumpa kawan-kawan kecil yang sudah lama tidak bertemu . maklumlah masing-masing ada yang bekerja di ibu kota, ada yang berkahwin dan tinggal bersama suami.
Tahun ni saya ikut marhaban ni sampai habis semua rumah di kampung ni, Alhamdulillah. So, saya dapatlah bermaafan dengan semua orang di kampung ni. Di tempat kalian ada marhaban tak? Saya nak upload gambar tapi gambar belum dapat dari salah seorang sahabat saya. Maaf ye, jika tidak dapat saya kongsikan bersama para sahabat.
Ayah saya menjadi ketua untuk mulakan berselawat tapi secara bergilir-gilir dengan kawannya. Jadi malam raya tu, ayah sudah minta saya tolong printkan selawat berserta doa ziarah hari raya untuknnya dan para ahli kampung.  Tanpa membantah saya menurut kata-kata saya. Saya printkan 20 helai untuk ayah dan kawannya satu dan yang lain hanya berkongsi da nada juga yang menghafal selawat ini. Selesai berselawat, kami di hidangkan dengan lauk-lauk raya; ada yang menyediakan lemang, ketupat, rendang daging @ ayam @ angsa, sambal kacang, lodeh, burasak, pulut panggang dan tak lupa juga kami di jamu dengan kuih raya.
Aktiviti ini berakhir pada jam 2.30 petang. Penat tapi menyeronokkan. Heheheehehehehehehe. Petang tu pula, saya dan keluarga pergi menziarah ahli keluarga sebelah  ayah saya tapi kami balik hari kerana pada raya ke-2 mak ayah saya ajak balik kampung untuk ziarah kubur arwah atuk sebelah mak.

To be continued...


No comments:

Post a Comment