Alhamdulillah.
Hari ni saya
dapat update blog saya yang sudah lama gersang dengan kata-kata dari saya. Walaupun hari ini merupakan hari ke-3
terakhir dalam bulan ramadhan, saya tetap nak ucapkan “SELAMAT BERPUASA” pada
rakan-rakan blogger yang beragama islam. Maaf ye kerana terlewat mengucapkan
selamat berpuasa kerana saya jarang2 dapat online di rumah. Macam mana
persiapan raya kalian semua? Saya sekarang ni tengah sibuk menyiapkan biskut
raya. Banyak juga la yang saya buat untuk tahun ni sebab saya tak pasti saya
akan buat tahun depan lagi atau tidak. Insyaallah awal tahun hadapan saya telah
menamatkan pelajaran saya di sebuah institusi di sini. Mungkin saya akan
bergelar “Employee” tahun hadapan, insyaallah. Kalian semua doakan saya supaya
dapat tempat praktikal yang ok dan boleh terus berkerja ye. Ehhhhhhh, apa saya
melalut ni..hehehehehe
Ok. Straight to the point, sebenarnya saya nak share
resepi tentang biskut yang saya buat hari ini. Hehehehe. korang pernah dengar
tak “Biskut kacang tanah”? ni biskut favorite mak saya tau.. setiap tahun mesti
dia request nak makan biskut ni.
Bahan-bahan yang di perlukan:
- 1 kg Tepung gandum
- 1 packet Gula aising
- 1 botol kecil Minyak Mazola
- ½ kilo kacang tanah (yang ni korang kena sanggan dan buang kulitnya tau)
*sangan tu maksudnya korang kena
kena goring kacang tanah tu tanpa minyak tau sampai garing tapi jangan sampai
hangus lak.hehehehe.. kang tak pasal2 biskut korang rasa pahit.. ingat tu!!!!!
Cara-cara nak buat:
1. Blender
kacang tanah yang sudah di sanggan sehingga halus tau (yang ni kena halus sebab
nanti susah untuk korang terap biskut raya tu)
2. Satukan
kacang tanah dan tepung gandum tadi. Gaulkan sehingga sebati
3. Masukkan
minyak Mazola tadi sedikit demi sedikit tau. Jangan korang duk tuang sebotol
lak. Takut nanti cair lak dan tak jadi doh.. huhuhuhu… sambil2 korang masukkan
minyak tu, apa lagi uli la.. takkan beranggan lak.. hehehehe :P
4. Bila
korang rasa doh tu sudah boleh dibuat bentuk, janganlah masukkan lagi minyak
ok??...
5. Korang
ambil sikit doh tadi, leperkan dan teraplah dengan bentuk yang korang suka..
mcm saya, saya guna penerap bentuk bunga. Ni pun atas permintaan my little
brother yang duk kacau je.
6. Bila
sudah siap, bakar biskut tadi dengan dengan api 170c dalam 10 minit. * bab
bakar ni depend pada korang punnya oven. Tapi biasanya saya akan lihat bawah
biskut tu, jika bawahnya sudah berwarna keperangan maksudnya biskut tu da
masak.
SELAMAT MENCUBA…
picture dekat bawah ni pula biskut yang saya buat..
No comments:
Post a Comment