Assalamualaikum
Apa khabar kawan blogger semua? Saya dan keluarga sihat
belaka. Hari raya sudah nak hampir ni? Kawan-kawan dah siap buat kuih raya ke? Saya
dah siap, tapi sikit je lah. Cuma 7 jenis biskut raya dan 3 kuih tradisional;
rempeyek,kuih bunga ros, kerepek pisang
dan meruku. Kuih tradisional ni mak saya yang buat, maklumlah saya ni dari dulu
lagi buat asyik tak menjadi je. Ada yang keras sangat la, lembik sangat la dan
ada yang hancur saya duk kerjakan. Hehehehehe. Tapi biskut raya boleh bagi saya, insyaallah
saya boleh buat..Hehehehehe.
Raya tahun ni, tak semeriah seperti tahun-tahun sebelum ni. Sudah
berapa tahun saya hanya beraya di rumah je sebab atok saya sebelah mak mahupun
sebelah ayah sudah tiada di dunia ni. Setiap kali hari raya hampir tiba, saya
pasti mimpikan arwah atok saya. Rindu yang tidak terkira, hanya allah yang maha
mengetahui segala isi hati saya ini.
Raya sebelum ni seminggu or 4 hari sebelum hari raya pasti
saya sudah berada di kampung iaitu rumah arwah atok saya. Ketibaan saya di
tunggu oleh arwah atok. Seperti biasa, saya pasti akan lemah. Nak tahu kenapa? Ni
rahsia kita-kita je tau. Hehehehe. Saya ni mabuk naik kerendaan. Tak sampai 30
minit mulalah perut saya ni ingin mengeluarkan segala isi didalamnya. Bila dah
muntah, fuhhhhhhhhhhhhh sakit gila. Muntah bukan sebarang muntah. Orang cakap
muntah sampai muntah hijau kan? Saya ni pulak muntah bukan setakat hijau,
kuning, unggu dan macam-macam lagi tapi da muntah sampai tak keluar apa-apa
lagi. Heheheehehe. Tapi sekarang dah tak macam dulu lagilah. Dah besarkan. Malu.
Hehehehehehe
Seperti di kampong rumah saya tidak tinggal tradisi
menganyam ketupat. Korang semua pandai nganyam tak? Saya nak cerita sikit pasal
ketupat yang aku buat petang tadi. Korang jangan gelak tau. setiap tahun saya
belajar menganyam ketupat tapi baru tahun lepas saya pandai menganyam ketupat
seperti mak, ayah dan arwah atok saya buat. Teruk kan saya ni?
Setiap kali saya menganyam ketupat, pasti akan jadi ketupat
dada burung. Korang pernah Nampak or pernah dengar or pernah buat tak ketupat
ni? Mesti jarang or tak pernah Nampak kan? Dalam family besar, saya sorang je
yang pandai buat ketupat ni.. hahahahahaha.. nak lihat tak?? Yang at bawah nil
ah ketupat dada burung.
Start tahun lepas saya berazam nak belajar buat ketupat
bawang. At last, Berjaya juga. Tu pun lepas kena gelakkan dengan adik saya yang
bertuah ni. Tapi… tahun ni, saya lupa dah cara-cara nak buat ketupat tu. Nak tahu
tak berapa lama saya nak buat ketupat bawang ni? Saya ambil masa hampir 2 jam
lebih. Mak dan ayah dah buat banyak saya
baru lepas satu. Hahahahahaha.. adik saya yang paling short tu tak habis-habis
gelakkan saya sampai tak kering gusi dia. Maklumlah, dia pandai buat
macam-macam jenis ketupat. Bertuahkan adik saya ni? Hurmmmmmmm…
Korang nak lihat tak say punnya ketupat percubaan dan
ketupat bawang yang saya Berjaya buat? Jap ye saya upload. Jangan gelak
tau!!!hehehehehe
yang ni percubaan setalah 1 jam:
yang ini pulak lepas jadi ketupat bawang:
di bawah ni pulah hasil kami sekeluarga:
banyak tak? ni nak buat untuk sedekah dekat jiran sekali time pagi raya nanti. adat melayu la katakan. huhuhuhu ;)
No comments:
Post a Comment